Thursday, December 31, 2015
Wednesday, December 30, 2015
Tuesday, December 29, 2015
Monday, December 28, 2015
Tuesday, November 17, 2015
Sunday, November 15, 2015
Saturday, November 14, 2015
Friday, November 13, 2015
MINGGU 10 (8-12 November 2015)
Sepanjang minggu ini saya dikehendaki untuk menyediakan beberapa poster untuk Unit Kewangan bagi tujuan peringatan pembayaran.
Selain itu, saya mengemas kini carta organisasi unit supaya lebih cantik dan para pelajar atau staf yang berurusan dengan Unit Kewangan mudah dikenali.
Menyediakan jadual peringatan pembayaran seperti lampiran diatas. |
Rekaan 1 |
Rekaan 2
Tugas-tugas pejabat lain seperti pemfailan dokumen dilakukan seperti biasa.
|
Tuesday, November 10, 2015
Friday, November 6, 2015
MINGGU 9 (1-5 November 2015)
Minggu ini Unit Kewangan bersama Jabatan Bendahari telah mengaudit 3 PTJ dalam masa dua hari. PTJ yang kami audit adalah NCRC, IQ dan STQS. Dalam audit ini, kami memeriksa aliran tunai jabatan dan senarai inventori mereka. Walaupun saya merupakan pelajar Multimedia, pendedahan yang dibawa oleh penyelia syarikat merupakan satu pengalaman baru untuk pelajar seni Multimedia yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana subjek sepanjang tempoh pengajian. Pengalaman mengaudit PTJ di UUM merupakan tugas yang seronok dan suasana baru untuk mahasiswa jurusan Multimedia.
Friday, October 30, 2015
MINGGU 8 (25-29 Oktober 2015)
Minggu ini saya memperbaik slaid pembentangan Unit Kewangan yang direka menggunakan powtoon. Saya memperbaharui kandungan yang terdapat dalam slaid lama agar lebih mudah difaham oleh penonton.
Penambahan cerita supaya lebih menarik |
Perbaik jalan cerita agar lebih mudah difahami |
Penukaran latar belakang supaya lebih jelas dimainkan di 'Projector' |
Friday, October 23, 2015
MINGGU 7 (18-22 Oktober 2015)
Mereka poster-poster memo untuk Unit Kewangan supaya lebih mudah difahami pelajar dan staf.
Poster bayaran terus kepada pembekal |
Poster tuntutan bayaran |
Poster tuntutan bayaran
Selain menyediakan poster, saya memperbaik bilik fail dan susunan fail fail unit agar lebih kemas dan tersusun. Mereka label-labl fail agar mudah dicari.
|
Friday, October 16, 2015
MINGGU 6 (11-15 Oktber 2015)
Menyiapkan slaid Unit Kewangan dengan menyusun atur cerita dan isi kandungan slaid dengan menukar semua kandungan kepada slaid grafik yang mudah difahami penonton. Mereka semula slaid lama kepada yang baru dengan memasukkan 5 elemen multimedia.
Antara slaidnya adalah seperti berikut;
Jumlah kesemua slaid adalah 22.
Antara slaidnya adalah seperti berikut;
Jumlah kesemua slaid adalah 22.
Friday, October 9, 2015
MINGGU 5 (4-8 Oktober 2015)
Menyediakan 'proposal' praktikum untuk projek tugasan Unit Kewangan. Minggu ini saya mengemaskini tugasan dan membincngkan projek yang akan dijalankan sepanjang tempoh praktikum bersama penyelia laporan praktikum dan penyelia syarikat. Kesemua pihak bersetuju dengan cadangan untuk membangunkan sistem 'Tagging Vot' untuk kegunaan DPP kelak. Sistem 'Tagging Vot' ini akan membantu pengetua pengetua DPP dalam menguruskan peruntukan aliran tunai untuk bajet aktiviti aktiviti mereka. Sistem ini akan memudahkan semua pihak dalam menguruskan bajet perbelanjaan peruntukan. Pihak yang terlibat akan lebih teliti terhadap penggunaan peruntukan yang diterima kelak, selain baki akhir peruntukan dan jumlah wang baki yang tinggal akan direkod.
Sistem 'Tagging Vot' ini direka menggunakan Visual Basic. Sistem ini tidak akan dipaparkan di mana-mana laman web kerana ianya adalah hanya penggunaan dalaman untuk pengetua-pengetua DPP dan pihak yang terlibat dalam menguruskan peruntukan aliran tunai sahaja.
Folder Visual Basic |
Tuesday, September 22, 2015
DAY 5 at INDONESIA (Monday, 10/8/15)
Received a proper task from supervisor regarding on promoting E-Learning product. What is E-Learning? and contribution itself to community? theoretical idea, E-Learning is utilizing electronic technologies to access educational curriculum outside of a traditional classroom.
Details explaination about E-Learning |
Why they important to community especially Indonesian? E-Learning able to help community lively even it work in a virtual way. As we know, Indonesia is a largest country that populate almost 250 million people.
Kita nak semua masyarakat Indonesia mendapat pendidikan tambahan yang lengkap dan cepat. Memandangkan Indonesia memiliki kepulauan yang luas, jadi guru-guru hebat sukar untuk mencapai ke setiap pulau dan memantau pendidikan mereka. Jadi dengan E-Learning ini, para pelajar dan guru-guru dapat berkongsi ilmu dengan seluas luasnya tanpa ada halangan disamping dapat menjimatkan kos.
So, we need to promote what is E-Learning for and their benefits on how they help people in effecient way.
Tuesday, September 15, 2015
Monday, September 14, 2015
Sunday, September 13, 2015
Friday, August 7, 2015
DAY TWO SELAMAT BEKERJA DI TECHNOPARK UNIVERSITAS TELKOM
7/8/2015 Bermulanya suasana baru dalam senario latihan industri.
Jam 8.30 dah menunggu di pejabat International Universitas untuk proses lanjut industrial training disini. Kami dibawa oleh Ibuk Eny dan Ms.Dini ke bangunan Technopark research campus (BTP). Kami disambut oleh pegawai jabatan dan diberi taklimat ringkas dan gambaran mengenai tugasan yang akan dilakukan.
BTP merupakan perbadanan yang melakukan satu inovasi terhadap sesuatu produk untuk membantu masyarakat setempat agar lebih maju kehadapan. Antara produk yang dihasilkan adalah e-learning dan buku-buku online. E-learning merupakan produk yang baru dilancarkan mereka untuk membantu pelajar-pelajar di seluruh daerah Indonesia supaya mudah mengakses mana-mana sumber pendidikan dan berinteraksi dengan mana-mana guru diseluruh daerah.
Tugasan saya buat masa ini adalah megkomersilkan sistem E-learning agar diketahui umum. memberi pendedahan melalui pelbagai cara sama ada video, brochure ataupun apa-apa cara yang melibatkan elemen multimedia yang boleh memudahkan umum diberi pendedahan mengenai sistem.
Pakaian kerja disini bebas. Waktu bekerja bermula jam 8am - 4.30pm.
Bangunan Technopark (sumber gugel) |
Bangunan Technopark (camera hp) |
Diberi penerangan mengenai E- learning |
Pakaian kerja disini bebas. Waktu bekerja bermula jam 8am - 4.30pm.
LATIHAN INDUSTRI DI TELKOM UNIVERSITAS BANDUNG
Pada 6/8/2015 bermulanya latihan industri di Universitas Telkom Bandung.
Pesawat Malindo Air yang berlepas daripada KLIA 2 pada jam 1210 waktu tempatan dan tiba di Indonesia 2 jam 15 minit selepas itu telah selamat tiba di Airpot Bandung dengan keadaan cuacanya yang amat baik sekali. Ketibaan kami dijemput oleh wakil pihak Universitas iaitu Ms.Dini. Kami dibawa ke Univeritas menaiki van yang disediakan. Pendaftaran kami di Universitas diuruskan oleh pengurusan International Telkom Universitas Officer. Setelah urusan selesai kira-kira jam 4pm, kami dibawa ke penginapan antrabangsa kampus.
Selepas itu dibawa oleh wakil universitas ke Kampus
Keseluruhannya, hari pertama berjalan dengan baik. Jam 6 petang dah gelap dan waktu maghrib masuk pada jam 5.55pm. Makanan so far boleh diterima perut.
Di balai berlepas KUL |
Airpot Bandung |
International Office Telkom Universitas |
Penginapan di Bandung berharga 100usd setiap sorang |
Subscribe to:
Posts (Atom)