Sunday, January 17, 2016

MINGGU 19 (10-14 Januari 2015)

Merupakan seminggu terakhir sebelum menamatkan latihan industri di Unit Kewangan Hal Ehwal pelajar. Pada minggu terakhir ini banyak perkara yang perlu dikemas kini terutamanya projek Unit Kewangan merangkap projek akhir untuk Latihan Industri iaitu Tagging Vot System. 

Selain menerima tugasan harian daripada Ketua Unit seperti mereka poster untuk hebahan tarikh tarikh terkini penyata kewangan, tarikh tarikh peringatan penyerahan dokumen dan bayaran bayaran yang berkaitan. Memandangkan, minggu ini merupakan tarikh akhir pelajar UUM berada di kampus, urusan bayaran yang melibatkan para pelajar akan ditanggunghkan sehingga bulan Februari selepas sesi kuliah bermula. Urusan pada bulan ini lebih kepada bayaran pekerja.

Jadi, poster poster yang disediakan haruslah menarik minat golongan pekerja supaya mereka jelas mengenai dokumen yang perlu disediakan.

Tuntutan telefon dan broadband


Poster diatas merupakan cara menuntut belanja Telefon dan broadband, sebelum poster ini direka, kebanyakan staf tidak jelas terhadap cara menuntut dan proses, ada kes daripada bulan March 2015 hingga December 2015 masih tidak menuntut hak mereka kerana mereka anggap proses menuntut adalah sukar. Selepas poster dihebahkan, baru mereka jelas dan nampak proses adalah mudah sebenarnya.


Poster proses penyimpanan barang pelajar semasa cuti sem


Poster proses penyimpanan barang diatas merupakan carta alir untuk memduahkan pemahaman pelajar mengenai cara, tarikh dan apa yang harus dilakukan oleh mereka untuk memudahkan pengurusan Dewan Penginapan Pelajar. 



Thursday, December 31, 2015

Wednesday, December 30, 2015

Tuesday, December 29, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Sunday, November 15, 2015

Saturday, November 14, 2015

Friday, November 13, 2015

MINGGU 10 (8-12 November 2015)

Sepanjang minggu ini saya dikehendaki untuk menyediakan beberapa poster untuk Unit Kewangan bagi tujuan peringatan pembayaran.

Menyediakan jadual peringatan pembayaran seperti lampiran diatas.
 Selain itu, saya mengemas kini carta organisasi unit supaya lebih cantik dan para pelajar atau staf yang berurusan dengan Unit Kewangan mudah dikenali.


Rekaan 1


Rekaan 2


Tugas-tugas pejabat lain seperti pemfailan dokumen dilakukan seperti biasa.























Tuesday, November 10, 2015

Friday, November 6, 2015

MINGGU 9 (1-5 November 2015)

Minggu ini Unit Kewangan bersama Jabatan Bendahari telah mengaudit 3 PTJ dalam masa dua hari. PTJ yang kami audit adalah NCRC, IQ dan STQS. Dalam audit ini, kami memeriksa aliran tunai jabatan dan senarai inventori mereka. Walaupun saya merupakan pelajar Multimedia, pendedahan yang dibawa oleh penyelia syarikat merupakan satu pengalaman baru untuk pelajar seni Multimedia yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana subjek sepanjang tempoh pengajian. Pengalaman mengaudit PTJ di UUM merupakan tugas yang seronok dan suasana baru untuk mahasiswa jurusan Multimedia.


Friday, October 30, 2015

MINGGU 8 (25-29 Oktober 2015)

Minggu ini saya memperbaik slaid pembentangan Unit Kewangan yang direka menggunakan powtoon. Saya memperbaharui kandungan yang terdapat dalam slaid lama agar lebih mudah difaham oleh penonton.

Penambahan cerita supaya lebih menarik
Perbaik jalan cerita agar lebih mudah difahami

Penukaran latar belakang supaya lebih jelas dimainkan di 'Projector'



Friday, October 23, 2015

MINGGU 7 (18-22 Oktober 2015)

Mereka poster-poster memo untuk Unit Kewangan supaya lebih mudah difahami pelajar dan staf.

Poster bayaran terus kepada pembekal

Poster tuntutan bayaran




Poster tuntutan bayaran



Selain menyediakan poster, saya memperbaik bilik fail dan susunan fail fail unit agar lebih kemas dan tersusun. Mereka label-labl fail agar mudah dicari.