Friday, August 7, 2015

DAY TWO SELAMAT BEKERJA DI TECHNOPARK UNIVERSITAS TELKOM

7/8/2015 Bermulanya suasana baru dalam senario latihan industri.

Jam 8.30 dah menunggu di pejabat International Universitas untuk proses lanjut industrial training disini. Kami dibawa oleh Ibuk Eny dan Ms.Dini ke bangunan Technopark research campus (BTP). Kami disambut oleh pegawai jabatan dan diberi taklimat ringkas dan gambaran mengenai tugasan yang akan dilakukan. 

BTP merupakan perbadanan yang melakukan satu inovasi terhadap sesuatu produk untuk membantu masyarakat setempat agar lebih maju kehadapan. Antara produk yang dihasilkan adalah e-learning dan buku-buku online. E-learning merupakan produk yang baru dilancarkan mereka untuk membantu pelajar-pelajar di seluruh daerah Indonesia supaya mudah mengakses mana-mana sumber pendidikan dan berinteraksi dengan mana-mana guru diseluruh daerah.

Tugasan saya buat masa ini adalah megkomersilkan sistem E-learning agar diketahui umum. memberi pendedahan melalui pelbagai cara sama ada video, brochure ataupun apa-apa cara yang melibatkan elemen multimedia yang boleh memudahkan umum diberi pendedahan mengenai sistem.


Bangunan Technopark (sumber gugel)

Bangunan Technopark (camera hp)


Diberi penerangan mengenai E- learning

Pakaian kerja disini bebas. Waktu bekerja bermula jam 8am - 4.30pm.

No comments: