Friday, October 30, 2015

MINGGU 8 (25-29 Oktober 2015)

Minggu ini saya memperbaik slaid pembentangan Unit Kewangan yang direka menggunakan powtoon. Saya memperbaharui kandungan yang terdapat dalam slaid lama agar lebih mudah difaham oleh penonton.

Penambahan cerita supaya lebih menarik
Perbaik jalan cerita agar lebih mudah difahami

Penukaran latar belakang supaya lebih jelas dimainkan di 'Projector'



Friday, October 23, 2015

MINGGU 7 (18-22 Oktober 2015)

Mereka poster-poster memo untuk Unit Kewangan supaya lebih mudah difahami pelajar dan staf.

Poster bayaran terus kepada pembekal

Poster tuntutan bayaran




Poster tuntutan bayaran



Selain menyediakan poster, saya memperbaik bilik fail dan susunan fail fail unit agar lebih kemas dan tersusun. Mereka label-labl fail agar mudah dicari.

Friday, October 16, 2015

MINGGU 6 (11-15 Oktber 2015)

Menyiapkan slaid Unit Kewangan dengan menyusun atur cerita dan isi kandungan slaid dengan menukar semua kandungan kepada slaid grafik yang mudah difahami penonton. Mereka semula slaid lama kepada yang baru dengan memasukkan 5 elemen multimedia.

Antara slaidnya adalah seperti berikut;






Jumlah kesemua slaid adalah 22.

Friday, October 9, 2015

MINGGU 5 (4-8 Oktober 2015)

Menyediakan 'proposal' praktikum untuk projek tugasan Unit Kewangan. Minggu ini saya mengemaskini tugasan dan membincngkan projek yang akan dijalankan sepanjang tempoh praktikum bersama penyelia laporan praktikum dan penyelia syarikat. Kesemua pihak bersetuju dengan cadangan untuk membangunkan sistem 'Tagging Vot' untuk kegunaan DPP kelak. Sistem 'Tagging Vot' ini akan membantu pengetua pengetua DPP dalam menguruskan peruntukan aliran tunai untuk bajet aktiviti aktiviti mereka. Sistem ini akan memudahkan semua pihak dalam menguruskan bajet perbelanjaan peruntukan. Pihak yang terlibat akan lebih teliti terhadap penggunaan peruntukan yang diterima kelak, selain baki akhir peruntukan dan jumlah wang baki yang tinggal akan direkod.

Sistem 'Tagging Vot' ini direka menggunakan Visual Basic. Sistem ini tidak akan dipaparkan di mana-mana laman web kerana ianya adalah hanya penggunaan dalaman untuk pengetua-pengetua DPP dan pihak yang terlibat dalam menguruskan peruntukan aliran tunai sahaja.

Folder Visual Basic