Friday, August 7, 2015

DAY TWO SELAMAT BEKERJA DI TECHNOPARK UNIVERSITAS TELKOM

7/8/2015 Bermulanya suasana baru dalam senario latihan industri.

Jam 8.30 dah menunggu di pejabat International Universitas untuk proses lanjut industrial training disini. Kami dibawa oleh Ibuk Eny dan Ms.Dini ke bangunan Technopark research campus (BTP). Kami disambut oleh pegawai jabatan dan diberi taklimat ringkas dan gambaran mengenai tugasan yang akan dilakukan. 

BTP merupakan perbadanan yang melakukan satu inovasi terhadap sesuatu produk untuk membantu masyarakat setempat agar lebih maju kehadapan. Antara produk yang dihasilkan adalah e-learning dan buku-buku online. E-learning merupakan produk yang baru dilancarkan mereka untuk membantu pelajar-pelajar di seluruh daerah Indonesia supaya mudah mengakses mana-mana sumber pendidikan dan berinteraksi dengan mana-mana guru diseluruh daerah.

Tugasan saya buat masa ini adalah megkomersilkan sistem E-learning agar diketahui umum. memberi pendedahan melalui pelbagai cara sama ada video, brochure ataupun apa-apa cara yang melibatkan elemen multimedia yang boleh memudahkan umum diberi pendedahan mengenai sistem.


Bangunan Technopark (sumber gugel)

Bangunan Technopark (camera hp)


Diberi penerangan mengenai E- learning

Pakaian kerja disini bebas. Waktu bekerja bermula jam 8am - 4.30pm.

LATIHAN INDUSTRI DI TELKOM UNIVERSITAS BANDUNG

Pada 6/8/2015 bermulanya latihan industri di Universitas Telkom Bandung. 

Pesawat Malindo Air yang berlepas daripada KLIA 2 pada jam 1210 waktu tempatan dan tiba di Indonesia 2 jam 15 minit selepas itu telah selamat tiba di Airpot Bandung dengan keadaan cuacanya yang amat baik sekali. Ketibaan kami dijemput oleh wakil pihak Universitas iaitu Ms.Dini. Kami dibawa ke Univeritas menaiki van yang disediakan. Pendaftaran kami di Universitas diuruskan oleh pengurusan International Telkom Universitas Officer. Setelah  urusan selesai kira-kira jam 4pm, kami dibawa ke penginapan antrabangsa kampus.

Di balai berlepas KUL

Airpot Bandung

Selepas itu dibawa oleh wakil universitas ke Kampus


International Office Telkom Universitas
Penginapan di Bandung berharga
100usd setiap sorang


Keseluruhannya, hari pertama berjalan dengan baik. Jam 6 petang dah gelap dan waktu maghrib masuk pada jam 5.55pm. Makanan so far boleh diterima perut.