Sunday, January 17, 2016

MINGGU 19 (10-14 Januari 2015)

Merupakan seminggu terakhir sebelum menamatkan latihan industri di Unit Kewangan Hal Ehwal pelajar. Pada minggu terakhir ini banyak perkara yang perlu dikemas kini terutamanya projek Unit Kewangan merangkap projek akhir untuk Latihan Industri iaitu Tagging Vot System. 

Selain menerima tugasan harian daripada Ketua Unit seperti mereka poster untuk hebahan tarikh tarikh terkini penyata kewangan, tarikh tarikh peringatan penyerahan dokumen dan bayaran bayaran yang berkaitan. Memandangkan, minggu ini merupakan tarikh akhir pelajar UUM berada di kampus, urusan bayaran yang melibatkan para pelajar akan ditanggunghkan sehingga bulan Februari selepas sesi kuliah bermula. Urusan pada bulan ini lebih kepada bayaran pekerja.

Jadi, poster poster yang disediakan haruslah menarik minat golongan pekerja supaya mereka jelas mengenai dokumen yang perlu disediakan.

Tuntutan telefon dan broadband


Poster diatas merupakan cara menuntut belanja Telefon dan broadband, sebelum poster ini direka, kebanyakan staf tidak jelas terhadap cara menuntut dan proses, ada kes daripada bulan March 2015 hingga December 2015 masih tidak menuntut hak mereka kerana mereka anggap proses menuntut adalah sukar. Selepas poster dihebahkan, baru mereka jelas dan nampak proses adalah mudah sebenarnya.


Poster proses penyimpanan barang pelajar semasa cuti sem


Poster proses penyimpanan barang diatas merupakan carta alir untuk memduahkan pemahaman pelajar mengenai cara, tarikh dan apa yang harus dilakukan oleh mereka untuk memudahkan pengurusan Dewan Penginapan Pelajar. 



1 comment:

Anonymous said...

Dikemaskini.