Friday, October 9, 2015

MINGGU 5 (4-8 Oktober 2015)

Menyediakan 'proposal' praktikum untuk projek tugasan Unit Kewangan. Minggu ini saya mengemaskini tugasan dan membincngkan projek yang akan dijalankan sepanjang tempoh praktikum bersama penyelia laporan praktikum dan penyelia syarikat. Kesemua pihak bersetuju dengan cadangan untuk membangunkan sistem 'Tagging Vot' untuk kegunaan DPP kelak. Sistem 'Tagging Vot' ini akan membantu pengetua pengetua DPP dalam menguruskan peruntukan aliran tunai untuk bajet aktiviti aktiviti mereka. Sistem ini akan memudahkan semua pihak dalam menguruskan bajet perbelanjaan peruntukan. Pihak yang terlibat akan lebih teliti terhadap penggunaan peruntukan yang diterima kelak, selain baki akhir peruntukan dan jumlah wang baki yang tinggal akan direkod.

Sistem 'Tagging Vot' ini direka menggunakan Visual Basic. Sistem ini tidak akan dipaparkan di mana-mana laman web kerana ianya adalah hanya penggunaan dalaman untuk pengetua-pengetua DPP dan pihak yang terlibat dalam menguruskan peruntukan aliran tunai sahaja.

Folder Visual Basic


No comments: